mcmc
Maklumat Pi1M

Maklumat NADI

Pusat Sebaran Maklumat Nasional atau National Information Dissemination Centre (NaDi) Felda Jengka 24 mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal kami. National Information Dissemination Centre (NADI) merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat.
 
NADI Felda Jengka 24 mempunyai infrastruktur ICT yang lengkap, bertujuan untuk penggunaan dan pembelajaran. Terdapat 20 buah komputer kesemuanya, sebanyak 10 buah diletakkan di dalam bilik latihan, manakala selebihnya dibahagian penggunaan. Bilik latihan di NADI ini juga dilengkapi dengan sebuah projektor, skrin layar dan papan putih bagi tujuan pembelajaran yang lebih selesa. Antara perkhidmatan yang disediakan di sini seperti:
 
1. Penggunaan komputer/internet
2. Fotokopi (photostate)
3. Mencetak (print)
4. Upah Menaip
4. Laminate
5. Binding
6. Scan
 
** Semua perkhidmatan dikenakan caj yang amat berpatutan.
 
NADI memberikan kelas latihan/bengkel ICT secara PERCUMA kepada semua ahli berdaftar yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, bangsa dan agama. Antara kelas yang ditawarkan adalah seperti berikut
 
1. Asas Komputer (Perkakasan/Hardware)
2. Asas Komputer (Microsoft Office) 
3. Internet (Search Engine, Email, Blog, dll) 
4. Aplikasi Elektronik (e-Kerajaan, e-Dagang, e-Pembelajaran) 
5. Asas Laman Web
6. Asas Membaiki Komputer 
7. Movie Maker
8. Soft Skills
 
**Lain-lain kursus yang ditawarkan dan jadual pembelajaran akan diberitahu kelak.
 
Waktu Operasi
 
Isnin – Ahad : 9.00 pagi – 6.00 petang