mcmc
Makanan

Makanan

Makanan utama di Felda Jengka 24 ini adalah ikan patin masak tempoyak dan sambal hitam

berikut adalah cara-cara memasaknya

Resipi Ikan Patin Masak Tempoyak 
 
 
Bahan utama:
 
1 Ekor Ikan Patin
Bahan untuk di kisar:
10 Biji Cili Padi
1 Inci Kunyit Hidup
1Sudu Besar Tempoyak.
Lain-lain bahan:
Daun Kesum Secukupnya
2 Kuntum Bunga Kantan
Air
Garam Secukup Rasa
5 Biji Limau Nipis
2 Biji Mentimun
Cara membuatnya:
 
Ikan patin yang siap di potong di basuh dan dibersihkan dengan limau nipis supaya hilang baunya.
Isi air ke dalam periuk dan masukkan bahan yang dikisar,
bunga kantan, daun kesum berserta dengan ikannya sekali.
Apabila ikan hampir masak masukkan mentimun dan garam secukup rasa.
Setelah masak bolehlah di hidangkan.
 
Resepi Sambal Hitam
 
 
 
Bahan utama
 
½ cawan belimbing buluh rebus [rujuk resepi cara2 merebus]
½  cawan cili padi (ikut kepedasan masing2)
2 cawan ikan bilis yang telah dikopek 
6 ulas bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]
5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa
garam & gula secukup rasa
1 cawan minyak masak
 
Cara2 Menyediakan
 
1.Sediakan terlebih dahulu belimbing buluh. Kuantiti belimbing buluh terpulang masing
Belimbing rebus ni boleh disimpan dalam peti sejuk sebagai stok. Jadi bolehlah rebus banyak2 & simpan stok.  
Belimbing hendaklah dicuci bersih.  
Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR dan renih dengan menggunakan api yang kecil.  
Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri & kecut.  
Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit.  
Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap.  
 
2.  Tumbuk cili padi sehingga halus.  
Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat. (3 ulas lagi dihiris nipis)  
Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat.
Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.
 
3.  Panaskan minyak masak dalam kuali.
Tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi.  
Masukkan bahan2 tumbuk sekaligus & tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga).  
Tambahkan kicap manis, garam & gula secukup rasa.
Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding gitu).  
Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang.  
Atau boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau ketupat pulut.  
 
4. Sambal ini boleh disimpan lama & boleh buat banyak2 untuk simpan stok.  
Boleh dihidang dengan apa saja juadah yang rasa sesuai dihati anda… Sedap yang teramattttt!!!