1. Apakah peranan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi)? | ||||||
● Peranan PEDi adalah sebagai Pusat Sehenti untuk;
● Fokus PEDi tertumpu kepada usaha memberi penekanan kepada penjanaan pendapatan serta membantu ekonomi rakyat melalui e-dagang melalui kerjasama strategik bersama beberapa agensi kerajaan dan swasta. ● Justeru, penekanan transformasi digital menjadi agenda utama di PEDi supaya masyarakat di luar bandar dan kawasan miskin bandar boleh memperkasakan diri kepada kegiatan ekonomi serta menambah pendapatan mereka melalui aktiviti ekonomi digital |
||||||
2. Berapakah jumlah PEDi yang ada di seluruh negara ketika ini? | ||||||
|
||||||
3. Apakah antara penambahbaikan yang dapat dilihat kepada PEDi? | ||||||
● Menerusi transformasi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) ini terdapat lima (5) inisiatif transformasi yang akan dilaksanakan bagi merealisasikan aspirasi pendigitalan ekonomi negara iaitu: a. Pertamanya, menaik taraf kepada PEDi yang akan meningkatkan aktiviti Latihan dan bimbingan bagi usahawan mikro, b. Keduanya, penubuhan Panel Penasihat yang terdiri dari masyarakat setempat di setiap PEDi bagi menasihatkan, merancang pelbagai program dan menarik mesyarakat setempat untuk memanfaatkan masyarakat setempat; c. Ketiganya, setiap PEDi akan mempunyai IKON Usahawan PEDi dari kalangan usahawan setempat yang telah berjaya yang akan membantu dan memberi inspirasi kepada usahawan mikro tempatan; d. Keempatnya, 600 Rakan Digital PEDi akan dilantik di 600 PEDi terpilih bagi turut membantu memberi matlumat sokongan kewangan, melatih dan membangunkan usahawan mikro PEDi; dan 3 e. Kelima, program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil yang dilaksanakan hasil usaha sama bersama pelbagai agensi kerajaan dan swasta demi membantu pembangunan usahawan mikro tempatan di PEDi bagi mencapai pasaran yang lebih besar. |
||||||
4. Apakah bentuk latihan atau kursus yang ditawarkan di PEDi? | ||||||
● Setiap PEDi menjalankan kursus-kursus dan latihan seperti:
● Pelbagai kursus keusahawanan bagi membantu usahawan tempatan untuk menjalankan perniagaan dalam talian yang akan disediakan oleh agensi kerajaan seperti MDEC, HRDF, MEDAC, SME Corp dan swasta seperti AEON dan Shopee. Senarai ini akan ditambah baik dengan penglibatan yang lebih dari agensi serta swasta. |
||||||
5. Bagaimana kita dapat memastikan objektif pembangunan PEDi dapat dicapai dengan efektif? | ||||||
● Bagi memperkukuh dan memperkemaskan lagi peranan PEDi sebagai pusat pendigitalan dan tumpuan komuniti setempat, sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Panel Penasihat PEDi diwujudkan di semua PEDi di seluruh negara. Objektif utama Panel Penasihat PEDi adalah untuk menggalak dan memberi peluang kepada pelbagai pihak berkepentingan (stakeholders) dalam kalangan komuniti setempat untuk melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan PEDi serta menarik masyarakat setempat untuk mengguna pakai sepenuhnya perkhidmatan dan aktiviti di PEDi tersebut. ● Antara tugas dan fungsi yang perlu dilaksanakan oleh Panel Penasihat/PEDi adalah membantu dalam memastikan PEDi mendapat sambutan komuniti setempat, merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti promosi, sosial dan ekonomi berkaitan PEDi. Memberi sokongan dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti dan program yang dijalankan di PEDi bagi mendapatkan maklumat berkaitan masalah-masalah sosioekonomi masyarakat setempat dan bekerjasama antara masyarakat setempat dan pihak-pihak yang terlibat dalam usaha menangani masalah tersebut. Berkolaborasi dengan NGO, kumpulan sukarelawan, persatuan dan pertubuhan dalam pelaksanaan aktiviti dan program di PEDi, serta membantu dalam penyaluran maklumatmaklumat yang tepat berkaitan aktiviti, program dan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan di PEDi kepada kumpulan sasar dan masyarakat. |
||||||
6. Apakah peranan Rakan Digital PEDi? | ||||||
● Seramai 600 Rakan Digital PEDi akan dilantik dan ditugaskan untuk menjalankan program-program yang dianjurkan oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Ini adalah tambahan tenaga kerja ke PEDi tersebut yang pada hakikinya mempunyai Pengurus dan Penolong Pengurus.
|
||||||
7. Apakah peranan Ikon Usahawan PEDi? | ||||||
● Usaha memperkasakan usahawan setempat ia akan disokong oleh Ikon Usahawan PEDi iaitu usahawan kecil dari masyarakat setempat yang telah berjaya agar dapat memberi motivasi dan menyemarakkan semangat kepada mereka yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan. ● Sebagai contoh Puan Normala di PEDi Kg. Durian Tawar, Bera, Pahang yang dikenali oleh masyarakat setempat. Ini secara langsung memberi akses untuk usahawan lain berinteraksi untuk mendalami pendekatan yang boleh memberi kejayaan kepada usaha mereka sendiri. |
||||||
8. Apakah usaha yang akan diambil oleh PEDi untuk memperkasakan usahawan luar bandar dan miskin bandar? | ||||||
|
||||||
9. Apakah usaha ini dipantau? | ||||||
|